Jumaat, 23 Februari 2018

Hari ke-37

Hari ni abg2 Zia strt cuti sekolah,biaselah kalau dah cuti meriahla kan rumah.Ni baru 3 orang ,nanti agaknya bila Zia da besar mest lg meriah kan huhu.

Hari ni jugak satu kerja pon tak boleh nak buat sempurna,nak makan pon xsempat dan akhirnya jd lambat.Sebabnya Zia tak tidur lena hampir 5 jam,tu biase...dalam sehari tu mesti ada waktu antara 4-5 jam yg sia tak tidur lena.

kebetulan nari suasana agak bising,makin lah susah dia nak lelap.Tadi bila abg call tanya dah makan ke belum,jawabnya belum .Abg mcm tak percaya bila syg jawab tak sempat.Takpelaa tak percaya sudah.Orang yg rasa je tau mcm mna keaadaan bila berdepan dgn situasi anak dlm hari ni..
.Nasib org tak sama...jadinya tak payahla nak compare..

Sekarang dah petang ..Zia mula dah nk lena,harapnya malam tiada masalah..biase gitulaaa..

Nari plan keje tergendala, basuh xsiap,ikan xmasak , kain tak lipat...pelik kan.perkataan pelik tu biasa lelaki yg akn ckp...tak rasa boleh la ckp...haha.

Apepon,mujurla suami aku ni memahami orgnya ,Alhamdulillah...

Abg2 Zia dah keluar p main bola, kakak Fia pulak dah trlelap...hurmm..lega.
K la nak mandi,makan,minum,kemas,masak,wow banyak nya ...sempat ke buat sume sebelum Zia bangun??😵😰😪

Alahai comel je awk time tidur..hilang penat bila tengok awk ..

Khamis, 22 Februari 2018

Pengorbanan Seorang Ibu

Assalamualaikum..


 First entri untuk tahun 2015 ni...semoga tahun ini memberi sinar buat kita rakyat Malaysia..

 Banyak perkara suka dan duka pada tahun lepas..semua itu banyak mengajar saya makna kehidupan...tahun ini tahun pertama anak saya masuk darjah 1, berdebar rasanya teringat zaman masa kecik2 dulu,Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

 Sebenarnya,saya nk cerita sikit masa saya menunggu anak saya jalani ujian ,terserempak pulak dengan seorang akak ni ,namanya ima( bkn nama sebenar).masa tu dah waktu tengahari,saya tanya akak tu ,sorang je ke ..dia jawab ,taklah dengan anak ni..sambil menunjuk ke arah ank perempuan nya.

Saya tanya lagi,ayah nya keje ke..mulut ni da mcm wartawan la plk..haha. Akk tu pon jawab,tak...ada kat rumah,tah tido ke tak tau la buat ape..ada laki pon malas...nk buat mcm mane...jawab nya lagi... Terkedu kejap saya mendengar nya..Lepas tu saya tak sanggup nak tanya lagi.

 Dalam hati ni ..memang saya respect sangat kat akak tu..dah la pegi sekolah bawa  motor je..ulang alik balik rumah lepas hantar buku2 sekolah yg dibeli nya.Semua nya kerana anak..mmg betol lah,seorg ibu yg baik akan sanggup berkorban ape saje untuk anaknya.

Apapun, ujian seorang tak sama kan? Allah uji akak tu sesuai dengan kekuatan dirinya..Dan kita..mungkin Allah berikan yang lain pula.

Moga  kita sentiasa bersyukur ..dan lihatlah ujian orang lain sebagai pengajaran .

#Jomsyukur

Rabu, 21 Februari 2018

ERTI SEBENAR KASIH SAYANG


Renungan Buat Kita Semua:
Seseorang kanak-kanak yang secara lazimnya dibesarkan dalam suasana yang sentiasa dikawal dan dipenuhi apa jua permintaannya akan terpupuk dengan ‘mentaliti kelayakan’ (entitlement mentality) dalam hidupnya dan akan sentiasa meletakkan kepentingan peribadi sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukannya. Insan seumpama ini selalunya tidak akan nampak usaha dan sumbangan kedua orang tuanya dalam membesarkannya.
Apabila dia mula melangkah ke alam pekerjaan, dia membawa anggapan bahawa setiap orang mesti mendengar kata-katanya, dan apabila kerjayanya meningkat ke tahap yang lebih tinggi, misalnya menjadi seorang pengurus, dia tidak akan mengerti apa-apa penderitaan yang dilalui oleh pekerjanya, sebaliknya akan sentiasa menyalahkan orang lain.
Orang-orang seperti ini mungkin mempunyai kelayakan akademik yang baik dan dapat mengecapi kejayaan untuk seketika, tetapi akhirnya tidak dapat menikmati erti pencapaian dan kejayaan yang sebenar. Mereka suka merungut dan dipenuhi rasa kebencian terhadap orang lain dan berterusan mengejar kebendaan bagi menambah apa yang sudah diperolehi.
Jika kita tergolong dalam kelompok ibu bapa yang suka mengawal anak-anak, marilah kita berfikir sejenak, adakah kita berbuat demikian sebagai manifestasi kasih sayang kita yang sebenar-benarnya terhadap mereka atau adakah kita sebenarnya memusnahkan masa depan mereka?
Kita boleh menyediakan anak-anak dengan rumah besar yang tersergam indah, menjamu makanan yang lazat-lazat, menghantar mereka belajar main piano mahupun membelikan untuk mereka set televisyen yang besar, tetapi apabila kita melakukan kerja rumah seperti memotong rumput, ajaklah mereka bersama melakukannya bagi merasai sendiri pengalaman ini. Selepas makan pula, ajar mereka basuh pinggan mangkuk bersama adik-beradik yang lain. Ini tidak bermakna kita tidak mampu mengupah pembantu rumah, tetapi kita sebenarnya mahu menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka dengan cara yang betul.
Kita mahu mereka faham hakikat bahawa betapa kaya ibu bapa mereka sekalipun, suatu hari mereka akan menjadi tua, rambut beruban serta kekurangan kudrat – perlukan bantuan orang lain, bukan selama-lamanya mampu melakukan kerja-kerja sepertimana sewaktu zaman muda mereka dahulu.
Perkara pokok yang sangat penting kita beri tumpuan ialah supaya anak kita belajar untuk menghargai usaha dan sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka, menghayati kesusahan yang mereka itu lalui dan menghargai usaha-usaha kerja berpasukan bagi mencapai apa yang diimpikan.
Kita mahu anak-anak faham bahawa kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan tawakkal yang seikhlasnya. Fikir2kan
-Dato' Prof .Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Catatan Yang Ditampilkan

BAHASA ARAB SIMPLE

 Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab 🌸terima kasih - syukran (شكرًا ) 🌸sama sama - afwan ( عفواً ) 🌸saya minta ma...