Rabu, 8 April 2020

Yang Berhak Diberi Nafkah

Firman Allah SWT,(...Apa yang kamu sedekahkan adalah untuk orang2 fakir yang terhalang(usahanya kerana jihad) di jalan Allah...)  yakni kaum Muhajirin yang menyibukkan diri mereka untuk membela agama Allah dan Rasulnya serta tinggal di Madinah,sedangkan mereka tidak mempunyai pekerjaan untuk bergantung dalam mencukupkan diri mereka sendiri.

Firman - Nya,(...mereka tidak dapat berusaha di muka bumi..) maksudnya mereka tidak dapat bermusafir untuk berusaha mencari pendapatan. (QS Al Baqarah,2:273)

Sungguh pun firman,(...orang lain..)yang tidak tahu menyangka bahawa mereka adalah orang2 kaya kerana mereka menjaga diri(daripada meminta-minta)..)  ertinya orang yang tidak mengetahui perihal dan keadaan mereka pasti menganggap bahawa mereka adalah orang2 kaya kerana mereka memelihara diri melalui pakaian,keadaan dan ucapan mereka,

yang semaksud dengan ayat ini adalah sebuah hadis riwayat Imam Bukhari  dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a,Dia menceritakan bahawa Rasulullah SAW  bersabda,"Orang yang miskin itu bukanlah orang suka berkeliling(meminta-minta)yang pergi setengah diberi sebiji atau 2biji kurma,sesuap atau dua suap makanan,dan sepiring atau dua piring makanan,

Tetapi..orang miskin yang sesungguhnya..ialah orang yang tidak mempunyai kecukupan yang mencukupi dirinya dan keadaannya,tidak mudah diketahui untuk diberi sedekah,serta tidak pernah meminta sesuatu pun kepada orang lain,"

Firman Allah SWT...(Engkau Muhammad) mengenali mereka daripada ciri2nya...) yakni melalui penampilan merekabagi orang2 yang memahamisifat2 mereka.

Seperti pengertian yang terkandung di dalam ayat lain,iaitu firmanNya,(..pada wajah mereka terlihat tanda2 bekas sujud..)(Surah AFath,48:29 dan dalam ayat (...dan engkau benar2 akan mengenali mereka dsri nada bicara nya...)(Surah Muhammad ,47:30)

Selanjut nya firman Allah,(...mereka tidak meminta secara paksakepada orang lain..)

 maksudnya dalam meminta ,mereka tidak pernah mendesak dan tidak pernah membebani orang lain dengan apa yang  tidak mereka  perlukan,kerana sesungguhnya orang yang meminta kepada  orang lain padahal dia mempunyai kecukupan yang dapat menjamin nya untuk tidak meminta,bermakna dia melakukan permintaan dengan cara memaksa.

(IBNU KATSIR,TAFSIRUL QURANIL AZIMI,JILID 2,1421 H/2000 M:476-478)


Catatan Yang Ditampilkan

BAHASA ARAB SIMPLE

 Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab 🌸terima kasih - syukran (شكرًا ) 🌸sama sama - afwan ( عفواً ) 🌸saya minta ma...