Rabu, 7 Oktober 2015

TIP ISTERI SELALU WANGI

Para suami belajar-belajarlah untuk rajin mencium tangan isteri.di ketika isteri di dapur,cuba cium tangannya...

mula-mula akan tercium bau hanyir ikan dan sebagainya.tetapi percayalah,apabila anda telah terbiasa selalu mencium tangan si isteri,pastinya si isteri akan memastikan tangannya berbau wangi.

Pendek kata tangannya akan sentiasa dilumurkan minyak wangi atau losyen kerana dia tahu suaminya akan ‘terjah’ mencium tangan kekasih hatinya pada bila-bila masa.Jadi tidak mustahil,di dalam beg tangan,dalam kereta,di bilik tidur mahupun di dapur,losyen atau minyak akan sentiasa tersedia di mana-mana.

Dengan cara ini,isteri sentiasa mengekalkan harum-haruman pada diri setiap kali suami berada di sisi.Kepaa para suami juga elok membudayakan berwangi-wangian apabila berada  di samping isteri agar menerbitkan kesegaran ddan keharmonian dalam rumahtangga.Sesungguhnya Rasulullah SAW sangat suka kepada wangi-wangian.


Anas r.a: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar,kasturi dan apa jua wangian yang lebih daripada bau Rasulullah SAW 
(hadis Bukhari dan Muslim)


Sumber: Q&A BIL.02

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Yang Ditampilkan

BAHASA ARAB SIMPLE

 Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab 🌸terima kasih - syukran (شكرًا ) 🌸sama sama - afwan ( عفواً ) 🌸saya minta ma...