Sabtu, 17 Oktober 2015

50 NASIHAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA

KREDIT DARI: SHAFIQOLBU



1.  “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”
2.  “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
3.  “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
4.  “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmutetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
 6.  “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalahTAWAKKAL kepada Allah SWT.”
7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”
8.  “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
9.   “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
11.  “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
12.  “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
13.  “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
14.  “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
15.  “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakan hartamu.”
16.  “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamudan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
17.  “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
18.  “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
19.  “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
21.  “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
22.  “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”
25.  “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada  anjing sahaja.”
27.  “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”
29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”
30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”
31.  “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa danmusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”
33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”
35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”
36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”
37.  “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”
38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyaijiran yang jahat.”
40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”
41.  “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?
43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”
44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”
45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”
47.  “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”
48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”
49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.
50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”
Begitulah 50 nasihat yang diberikan oleh Luqman Al Hakim kepada putera kesayangannya. Semoga ianya bermanfaat kepada diri kita juga.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

Sekadar renungan..






Rabu, 7 Oktober 2015

TIP ISTERI SELALU WANGI

Para suami belajar-belajarlah untuk rajin mencium tangan isteri.di ketika isteri di dapur,cuba cium tangannya...

mula-mula akan tercium bau hanyir ikan dan sebagainya.tetapi percayalah,apabila anda telah terbiasa selalu mencium tangan si isteri,pastinya si isteri akan memastikan tangannya berbau wangi.

Pendek kata tangannya akan sentiasa dilumurkan minyak wangi atau losyen kerana dia tahu suaminya akan ‘terjah’ mencium tangan kekasih hatinya pada bila-bila masa.Jadi tidak mustahil,di dalam beg tangan,dalam kereta,di bilik tidur mahupun di dapur,losyen atau minyak akan sentiasa tersedia di mana-mana.

Dengan cara ini,isteri sentiasa mengekalkan harum-haruman pada diri setiap kali suami berada di sisi.Kepaa para suami juga elok membudayakan berwangi-wangian apabila berada  di samping isteri agar menerbitkan kesegaran ddan keharmonian dalam rumahtangga.Sesungguhnya Rasulullah SAW sangat suka kepada wangi-wangian.


Anas r.a: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar,kasturi dan apa jua wangian yang lebih daripada bau Rasulullah SAW 
(hadis Bukhari dan Muslim)


Sumber: Q&A BIL.02

LIRIK LAGU DESTINASI CINTA (MESTIKA)

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan a€pi neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Sabtu, 3 Oktober 2015

TIPS MENEGUHKAN IMAN

·         Bersyukur apabila mendapat nikmat
·         Sabar apabila mendapat kesulitan
·         Bertawakkal apabila mempunyai perencanaan
·         Ikhlas dalam segala amal perbuatan
·         Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
·         Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
·         Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
·         Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain
·         Jangan sombong sekiranya memperoleh kejayaan
·         Jangan tamak kepada harta jangan goyah kepada fitnah
·         Jauhkan diri dari dosa-dosa besar
·         Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
·         Banyak berkunjung ke rumah Allah(masjid)
·         Lakukan solat fardhu  pada awal waktu dan berjemaah di masjid
·         Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
·         Jangan rasa takut kecuali pada Allah
·         Cintailah seseorang secara tidak berlebihan

·         Bersatu padulah kerana Allah dan berpisahlah hanya kerana Nya

CARA MENGATASI SIFAT MARAH

*      Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti bersabar,lemah lembut dan berhati-hati dalam membuat keputusan.
*      Mohon perlindungan daripada Allah dari gangguan syaitan.
*      Berwuduk.sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api.dan api akan padam dengan mengambil wuduk.
*      Ingat kepada balasan buruk yang menimpa kepda orang yang mengikut nafsu amarahnya.
*      Ingat kepada kelebihan dan pahalayang diperolehi oleh orang yang Berjaya menahan marahnya.orang yang Berjaya menahan kemarahannya disifatkan sebagai pahlawan yang berani.
*      Maafkan orang orang yang menjadi punca kemarahan kita

*      Jika sedang berdiri,maka hendaklah duduk.jika marahnya belum lagi rea,hendaklah berbaring

Jumaat, 2 Oktober 2015

HIDUP BERJIRAN





Assalamualaikum..

Entri aku kali ni nak share tentang hidup berjiran.Rasa nya korang tahu kan apa itu jiran.Seingat aku la jiran tu dalam lingkungan 40 buah rumah kiri kanan depan belakang.. Kalau salah tolong betulkan ea.Jiran tu adalah orang ..kalau binatang tu bukan la kategori jiran kan hahah..jiran ni sangat penting saat kita dalam kesusahan ,dalam waktu2 kecemasan..Pada aku kalau tinggal di suatu tempat tanpa jiran rassanya macam tinggal sorang2 jek.pada aku jugak biarlah takde kawan ..tapi ada jiran yang baik pun cukup..
Ade ke ek orang yang tak suka hidup berjiran..mungkin adala ..tapi orang macam tu mungkin tak suka orang ganggu hidup dia dan mungkin juga dia rasa dia tak ganggu orang. 


Tapi aku rasa bersyukur sangat sebab sejak aku beli rumah ni ,aku ada ramai jiran ..Yang bagusnya..ada cukup 3 bangsa ..cina ,india dan melayu.. tambah satu bangsa lagi,Indonesia..yang tak bagus nya pon banyak..hurmmm Sebenarnya, ni first time aku ada jiran macam ni…hampir 3tahun ni banyak yang aku belajar dari jiran2 aku ni..lebih2 lagi bila berjiran dengan pelbagai kaum ni,iman nak kena kuat.Mujur aku dapat suami yang penyabar,kalau tak asyik berperang je la aku dengan jiran2.Aku mengaku  la yang aku ni memang tak lah sebaik mana ,tapi prinsip aku , ‘aku tak kacau kau..kau jangan kacau aku’.. senang kan…cakap memang senang la..Lagi satu aku jenis mudah simpati kat orang,tup tup..aku plak dipijak pijak..Pengalaman masa kecik2 duduk kat Felda yang membuatkan aku terbiasa jadi jiran yang baik.Mana tak nya,dulu masa duduk Felda asal ada makanan lebih je bagi kat jiran,asal ada kerja kahwin je kitaorang same2 rewang..anak2 jiran main sama2 kat rumah kita ..kadang sampai tumpang makan sekali..tu lebih2 plak kan haha..aku bukan nak bangga sangat duduk felda,tapi sebab dah rasa susah nya masa zaman kecik2 dulu..jiran2 ni ibarat keluarga yang selalu ambil berat.Tup tup...bila aku duduk kat bandar ni..maksud aku taklah berapa nak bandar sangat..tapi hampir beberapa km je nak pergi bandar kan..( hehe perasan sikit)
Memang banyak beza nya duduk bandar dengan kampung,,..( tetibe je teringat zaman kanak2)

Oklah,berbalik cerita pasal jiran tadi,nak dipendekkan cerita ,aku ni tukang jahit..maklumlah asal dari luarbandar ..tak tahu sangat ..senang kata memang tak tahu langsung hidup kat bandar kena buat baik berpada2..hahah..adalah satu jiran ni selalu hantar alter..kekadang nak urgent..al maklumlah ..syok masa tu baru pindah ..tup2 dapat customer cpt..apalagi layanlaa..walhal anak aku masa tu baru 2 3 bulan gitu..lame2..layan punya layan..dia macam tak berapa nak layan ..alter nk caplen..ingat aku ni robot..pastu payment bole dia kata nanti dulu..sekali dua kali..sabo..masuk kali ketiga aku sound..lastly aku plak yang disound…aku rasa sesiapa yang jadi tailor ni memang da biasa kena kes macam ni.Bila dah kena tu ,baru lah aku tanya member2 jahit aku  ..rupe nya dorang pon sama kes pernah kena..ape orang kata buat belajo..hehe..slang joho tu jangan lupe.
Tu satu hal lah, ni kes terbaru pasal parking plak…memang geram aku dibuatnya..memang kalau bukan KERANA JIRAN…dah lame aku baling batu kat cermin kereta dia.. dulu sebelum ada kereta bukan main baik lagi berbual bertegur sapa..tup2 dengo nak beli kete..bole plak hari2 park kete dia depan rumah aku,bukan tak de garaj..tapi aku tengok barang2 bisnes je melambak2 tak terkemas kat garaj dia.nak cerita lagi pon malas rasanye..


Sebelum aku nak end up entri kali ni..aku Cuma nak berpesan..kepada yang baru nak hidup berjiran..selalunya bila dah beli rumah la kan..tolongla, jangan sombong dengan jiran2,  kalau ada ape2 masalah nanti korang pasti akan cari jiran juga..sebab diorang la yang paling dekat masa tu...haaa,lagi satu kalau bole minta lah no telefon jiran2 yang ada kat sebelah menyebelah tu...one day korang pasti memerlukan nya..


Setakat ni sharing untuk entri kali ini...semoga yang baik jadikan ikutan...yang tak berapa nak baik tu jangan diikut la ye :)

5 KEBAIKAN BUAH DELIMA



ANTIOKSIDAN
 Banyak jenis makanan mempunyai antioksidan,tetapi hanya delima
 sahaja yang mempunyai sebatianyang dipanggil punicalagin.

Sebatian ini aktif membururadikal bebas dan 
mungkin berkesan mengurangkankemungkinan diserang kanser prostat

,kanser paru-paru dan kanser payudara.
v  Jus delima mempunyai kapasiti kuasa antioksidan sebanyak 2860unit 

setiap 100gm.Ini lebih baik daripada jus prun,beri goji dan tembikai.
Jus-jus ini jika diminum bersekali dengan jus delima,kesannya 

lebih kuat terhaap raikal bebas.

BAIK UNTUK JANTUNG DAN DARAH TINGGI

v  Jus delima melindungi arteridaripada terbina nya plak yang boleh
 menyebabkannya tersumbat.Plak yang sedia terkumpul juga dipercayai 

dapat disingkirkan dengan pengambilan buah delima.Plak ialah enapan 
yang boleh menyebabkan penyakit.

v  Punicalagin ternyata memberi manfaat kepada jantung dan pembuluh darah.
Punicaalgin ialah sebatian uatama yang bertanggungjawabdalam memberi

 nilai kesihatan serta antioksidan kepada delima.Ia bukan sahaja  
dapat merendahkan kolestrol mudarat,malah mampu merendahkan 

tekanan darad serta mempercepatkan pencairan sumbatan(blockage)

v  Kajian menunjukkan,minum lapan auns jus delima setiap hari 

selama tiga bulan atau lebih boleh :

o   Merendahkan paras tekana darah sistolik

o   Mengurangkan bahaya kolestrol LDL  di dalam darah
o   Mengurangkan ketebalanarteri yang membekalkandarah ke otak

o   Membaiki aliran darahke jantung bagi pesakit arterikoronari


MENENTANG KANSER

v  Jus delima didapati boleh memusnahkan sel2 kanserpayudara. 
Ia mungkin juga dapat mencegah sel2 kanserpayudara daripada terbentuk.                      
Selain kanser payudara,kanser paru2 dan prostat juga boleh 
dicegah dengan delima.
v  Kesan delima nmenentang kanser adalah berkaitrapatdengan 
kebolehannya memepercepatkan kemusnahan sel2kanser secara sendiri



PENJAGAAN MULUT


v  Bagi menjaga kesihatan mulut,minumlah jus delima. 
Ia merupakan cara semulajadiuntuk mencegah plak gigi.

v  Caranya, jemur kulit ari buah delimahingga kering dan rapuh. 
Hancurkan hingga jadi serbuk dan campurkan dengan serbuk lada hitam. 
Simpan di dalam baling kaca. 
Gunakan setiap hari dengan berus gigi untuk memberus gigi atau 
digosok dengan jari.
v  Serbuk ubat gigi ini membantu mencegahan merawat penyakit gigi 
dan gusi.Ia juga memutihkan gigi.


VITAMIN

v  Delima merupakan  sumber vitamin c yang baik. 
Delima yang bersaiz sederhana membekalkan sebanyak 
15% keperluan vitamin c setiap hari. 
Vitamin c berperanan penting dalam penghasilan kolagen 
untuk kesihatan kulit.
v  Vitamin C juga amat membantu memperbaiki system imun, 
penyembuhan luka,dan menggalakkan gusi yang sihat.

v  Delima juga mengandungi vitamin B5,B9 dan K . 
Manakala Potassiuman Zink merupakn mineral penting yang ada 
pada buah tersebut.
v  Vitamin B5 penting untuk kesihatan kulit dan fungsi saraf. 
Vitamin B9 pula lebih dikenali dengan nama asid folik 
yang amat penting bagi ibu hamil.Jika kekurangan asid folik , 
ada kemungkinan bayi yang akan dilahirkan mengalami kecacatan.

v  Satu sajian delima mengandungi 10 peratus keperluan 
vitamin untuk orang dewasa.
v  Orang yang tidak mendapat vitamin K yang cukup mudah 
mendapat lebam dan berisiko mengalami osteoporosis.

v  Vitamin K lazimnya mudah diperolehi daripada sayuran hijau. 
Sayuran ini menjadi lebih sedap jika dimakan bersama delima yang manis.






INGAT SEBELUM MINUM!


Jus delima diakui baik untuk kesihatan,namun dalam 
sesetengah keadaan,kita perlu berwaspada. 
Harvard Health Publication mengingatkan , 
sebelum mulamengambil jus delima, 
elok dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu. 
Ini kerana minum jus delima secara berlebihan 
boleh mengganggu kesan




KURANGKAN GATAL

Gatal dubur sering berlaku kepada kanak-kanak. 
Malah,tidak kurang juga orang dewasa. 
Ia lazimnya disebabkan parasite di dalam usus 
yang berpindah ke kawasan ubur untuk bertelur. 
Keadaan ini menyebabkan gatal yang ber sangatan. 
Untuk mengatasi masalah ini,bakar atau 
panggang kulit buah delima hingga perang gelap dan rapuh. 
Hancurkan hingga jadi halus, 
Campurkan dengan minyak masak dan sapu di bahagian yang gatal. 




SUMBER: ANIS BIL 187

Catatan Yang Ditampilkan

BAHASA ARAB SIMPLE

 Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab 🌸terima kasih - syukran (شكرًا ) 🌸sama sama - afwan ( عفواً ) 🌸saya minta ma...